Ada apa dengan Cinta

Cerita tentang hidup…semalam…harini…esok…

K.Ida wedding day November 19, 2007

Filed under: Photography — 4cintakita @ 2:42 am

kida-montaj.jpg

Semalam, Ahad 18 Nov 2007 hari perkahwinan Shaiful Hakim dan Norsahida Saad. Perjalanan yang jauh dan memenatkan, tapi rasa puas dan seronok. Dapat pengalaman baru bila dapat tengok tempat orang.

Keluar rumah dalam pukul 11.00 pagi. Lalu KESAS dan terus menuju ke Karak, kemudian exit disimpang Bentong – Lipis. Lucu, bila dah sampai kat simpang, tak tau nak masuk kiri atau pun kanan. Maklumlah lah, driver ingat2 lupe, yang co-driver pulak tak pernah ke Lipis. (pernah pergi zaman dolu kala time sekolah, tapi naik bas sekolah sebab ada karnival KRK di Clifford Lipis). Perjalanan merentasi 3 daerah, pakai main redah aje ikut sign board. Mujur tak sesat.

naja2.jpg

Me, on the way back to KL, singgah sembahyang di surau Sg. Salang. (Tak pernah ke Kelantan, bergambar dgn batu tanda tepi jalan pon jadi.)

Akhirnya kami sampai, tu pun pukul 1 lebih orang ramai dah beransur pulang. Rombongan saiful masih dalam sessi bergambar. Kirenya macam artis la, ada sessi bergambar bersama peminat. Jumpa pengantin kejap, lepas tu kitorang terus carik makanan sebab perut dah lapar.

Ada sikit gambar untuk saya kongsi bersama. Tak banyak pun gambar sebab sy bukan official photog.

kida-saiful2.jpg

pelamin.jpg

kida-saiful.jpg

kida-shaiful.jpg

kida-pegang-bunga.jpg

currently listen to – Clumsy by Fergie

 

BIT Hari Raya Open House 2006 October 30, 2007

Filed under: Photography — 4cintakita @ 2:33 am

Hahahaa…..late entry. Ku sangat bosan dan ku sangat mengantok. Ku korek2 server, ade gambar nih. Jadik ku upload di sini.

Open house tahun lepas buat kat Restoran Sri Melayu Jalan Conlay,tahun ni pun buat tempat yang sama juga. Cuma yang bezanya, tahun lepas Hi -tea, tahun ni lunch. Untuk tahun ni sy tak bawak pon kamera, malas pulak rasanya nak tangkap gambar sbb datang sana hanya nak makan dan makan dan makan…dan makan lagi…ermmm :P

Sy tarok gambar sy je kat sini…gambar orang lain kendian ek!! :D din_0167.jpg

din_0183.jpg

din_0184.jpg

Currently lisen to – I fell in love with the DJ by Che’nelle 

 

Beraya di rumah Aini October 22, 2007

Filed under: Photography — 4cintakita @ 10:43 am

img050.jpg

ni gambar ani, put dan leha

Last week, Jumaat 19 October 2007, after office hour 5.00 pm dengan begitu rushing sekali bertolak ke rumah aini. ( Terpaksalah raya hari jumaat sebab memasing ada agenda sendiri time weekend. Leha nak balik poli dah , put pulak nak beraya).

Ingat nak elakkan kan jam kat Klang, tapi tak sempat, kene redah jam juge. Lengoh jugak kaki ni, maklomlah, tiap2 hari pergi balik keje tak pernah rempoh jam. Dari JJ Bukit raja sampailah Jambatan kat Bandar Klang tu. Sabar jelah. Nasib baik skali skale, tapi seronok jugak :D Sampai rumah Leha dalam pukul 6.45 pm. Perjalanan ke rumah leha sgt mencabar. Orang2 kat situ macam kebal pulak, kita yang bawak kete ni yang takut. Selambe je kat jalan raya tu. Lagi2 budak2 kecik. Siap naik beskal sampai 3 orang , satu beskal plak tu.

Dalam hati berkira2 nak tungu maghrib ker atau nak pergi je. Last2 kitorang redah aje. sampai kat perumahan Kastam tu dah nak azan maghrib, takkan nak terjah rumah orang time maghrib2 ni. Last2 kitorang smayang dulu kat surau area perumahan tu.

Dalam pukul 8.00pm kitorang sampai rumah aini. borak punye borak, cerita punya cerita, tgk2 dah pukul 11.30 pm. Punye la tak sedar… dah malam sgt pulak rasanya. Mujur malam, kalau siang agaknyer tah pukul berape nak balik.

Macam2 cerita, dan topik utama dalam perbincangan haritu adalah kisah aini dan Injap mekanikalnya. yang lain2 biasalah, mengimbas cerita2 zaman muda2 dulu…tah ape2 tah…

Nak buat reunion ber 6???? hmmm tgk la nanti macam mane…

 

Izharul Nizam & Zura Wati – Kampung Delek October 6, 2007

Filed under: Photography — 4cintakita @ 7:01 am

17 August 2007 – Nikah

18 August 2007 – Persandingan belah perempuan

19 August 2007 – Persandingan belah lelaki

Thanks to zura and husband for giving me opportunity to cover your wedding ceremony for 3 days. Zura is my friend’s cousin (Thanks to Zaleha Salamon).

Pengalaman mencemaskan, masa nikah , tok kadi tak kasik saya pakai flash sebab takot pengantin lelaki gugup+gabra. Dalam hati dah risau, takut gambar gelap. Nasib baik la suasana dalam  surau tu  tak berapa gelap. Ada cahaya sikit. Gambar agak underexposed, tu yang nampak kuning semacam, perlu adjustment sikit. (huhu..thanks to Photoshop :’D)

collage-2.jpg

collage-zura-1.jpg

nikah1.jpgnikah2.jpgnikah3.jpg

nikah4.jpgnikah5.jpg

nikah7.jpgnikah6.jpg

This blog is still under progress. More picture will be upload soon.

Regards;

naja@cintakita

 

Bang, kamera ni bagus tak??? October 3, 2007

Filed under: Photography — 4cintakita @ 2:52 am

“Bang, kamera ni bagus tak???”
- Pertanyaan dari seorang yang baru beli kamera yang tak berapa mahal.

Ni la antara soalan yang paling popular ditanya kepada saya. Payah gak nak jawab soalan ni dalam satu ayat yang ringkas.
Mula-mula saya akan jawab macam ni – “It’s not the camera, it’s the man behind the camera.”

Kalau saya nampak dia macam blur, saya explain lagi – “Kamera mahal untuk orang yang ada duit. Kalau tak cukup duit, pakai aje apa kamera pun. Gambar cantik atau tidak bergantung kepada skill jurugambar. Cuma, kamera mahal lebih memudahkan kerja dan ada beberapa kelebihan dari segi kualiti gambar.

Kamera murah memang ada beberapa kelemahan. Tapi, kita jangan fikir pasal kelemahan dia. Kita gunakan apa yang kamera tu boleh buat untuk dapat gambar yang cantik. Contohnya, kalau kamera kita tak boleh shoot gambar continuous drive 10 frame per second, janganlah sibuk nak ambik gambar sport macam menembak pakai machine gun. Ambik aje sekeping-sekeping dan try dapatkan moment terbaik jugak. Kat sini, kita yang kena pantas, bukan kamera. Nak best lagi, janganla ambik gambar sport. Ambik aje gambar landscape.

Sama jugak kalo kita tak mampu nak beli flash… janganlah risau pasal flash. Gunakan aje built in flash. Walaupun banyak limitation – tak boleh bounce dan power tak kuat, cuba kerja dengan limitation yang ada. Nak senang lagi, janganlah ambik gambar orang indoor. Ambik aje gambar outdoor. Mahirkan dulu skill kat mana-mana bidang yang mampu dibuat oleh peralatan kita.

Sama jugak macam kalo kita nak pergi kerja, kereta rosak… jalan kaki aje pegi kerja. Memang le penat, tapi sampai jugak, walau lambat. Saya start bisnes Adan dengan guna kamea D70 + kit lens + SB26 saja. Yang penting skill dan semangat kita untuk ambik gambar. Jangan sebab equipment tak best, rasa tak best dan tak bersemangat nak ambik gambar.

Kalau kita start dengan equipment yang asas, kita akan belajar untuk asah skill kita dengan lebih baik. Photographer dulu-dulu yang hebat macam Ansel Adams dan Henri Cartier Bresson pakai kamera yang asas aje. Mana ada AF, continuous drive, LCD preview dan sebagainya. Tapi, gambar diaorang superb!

Macam ni, sahut cabaran saya – anda adalah seorang jurugambar yang hebat bila anda boleh rakam gambar yang baik dengan guna kamera yang murah! Amacam?

-Hasnuddin
http://adan.biz

 

Majlis Pertunangan Shamrulhisam & As October 2, 2007

Filed under: Photography — 4cintakita @ 7:38 am

collage-ishe.jpg

This blog is still under progress. More picture will be upload soon.

Regards;

naja@cintakita

 

Sendiri September 24, 2007

Filed under: Photography — 4cintakita @ 9:21 am

 

Beauty September 13, 2007

Filed under: Life — 4cintakita @ 4:05 am

pretty.jpg

 

Life… September 13, 2007

Filed under: Life — 4cintakita @ 12:25 am

kasut.jpg