Ada apa dengan Cinta

Cerita tentang hidup…semalam…harini…esok…

Bang, kamera ni bagus tak??? October 3, 2007

Filed under: Photography — 4cintakita @ 2:52 am

“Bang, kamera ni bagus tak???”
- Pertanyaan dari seorang yang baru beli kamera yang tak berapa mahal.

Ni la antara soalan yang paling popular ditanya kepada saya. Payah gak nak jawab soalan ni dalam satu ayat yang ringkas.
Mula-mula saya akan jawab macam ni – “It’s not the camera, it’s the man behind the camera.”

Kalau saya nampak dia macam blur, saya explain lagi – “Kamera mahal untuk orang yang ada duit. Kalau tak cukup duit, pakai aje apa kamera pun. Gambar cantik atau tidak bergantung kepada skill jurugambar. Cuma, kamera mahal lebih memudahkan kerja dan ada beberapa kelebihan dari segi kualiti gambar.

Kamera murah memang ada beberapa kelemahan. Tapi, kita jangan fikir pasal kelemahan dia. Kita gunakan apa yang kamera tu boleh buat untuk dapat gambar yang cantik. Contohnya, kalau kamera kita tak boleh shoot gambar continuous drive 10 frame per second, janganlah sibuk nak ambik gambar sport macam menembak pakai machine gun. Ambik aje sekeping-sekeping dan try dapatkan moment terbaik jugak. Kat sini, kita yang kena pantas, bukan kamera. Nak best lagi, janganla ambik gambar sport. Ambik aje gambar landscape.

Sama jugak kalo kita tak mampu nak beli flash… janganlah risau pasal flash. Gunakan aje built in flash. Walaupun banyak limitation – tak boleh bounce dan power tak kuat, cuba kerja dengan limitation yang ada. Nak senang lagi, janganlah ambik gambar orang indoor. Ambik aje gambar outdoor. Mahirkan dulu skill kat mana-mana bidang yang mampu dibuat oleh peralatan kita.

Sama jugak macam kalo kita nak pergi kerja, kereta rosak… jalan kaki aje pegi kerja. Memang le penat, tapi sampai jugak, walau lambat. Saya start bisnes Adan dengan guna kamea D70 + kit lens + SB26 saja. Yang penting skill dan semangat kita untuk ambik gambar. Jangan sebab equipment tak best, rasa tak best dan tak bersemangat nak ambik gambar.

Kalau kita start dengan equipment yang asas, kita akan belajar untuk asah skill kita dengan lebih baik. Photographer dulu-dulu yang hebat macam Ansel Adams dan Henri Cartier Bresson pakai kamera yang asas aje. Mana ada AF, continuous drive, LCD preview dan sebagainya. Tapi, gambar diaorang superb!

Macam ni, sahut cabaran saya – anda adalah seorang jurugambar yang hebat bila anda boleh rakam gambar yang baik dengan guna kamera yang murah! Amacam?

-Hasnuddin
http://adan.biz

 

Leave a Reply